07 Feb 2025

BERITA NUBE

 

Suara Rakyat Bergema di Pasar Malam Gemencheh, Negeri Sembilan!

Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 terus mara dengan penuh semangat! Kali ini, Bro Hadihilman (Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE SMJ) bersama Bro Hisham (IRC Aktif) turun padang di Pasar Malam Gemencheh, Negeri Sembilan untuk mengumpul tandatangan rakyat yang mahukan keadilan!

“Caj RM1 nampak kecil, tapi bagi kami yang berpendapatan rendah, ia beban besar setiap bulan!”

“Duit sendiri pun kena caj? Tak masuk akal!”

Sambutan yang diterima sangat luar biasa! Peniaga, pembeli, dan anak muda bersatu menandatangani petisyen sebagai tanda sokongan untuk menghapuskan caj yang menindas ini.

Setiap tandatangan membawa kita selangkah lebih dekat untuk menamatkan ketidakadilan ini.

Jumpa pasukan NUBE? Tandatangan & sebarkan kesedaran ini!

Tandatangani petisyen di sini: https://www.change.org/HapusCajRM1

Kongsi dengan rakan & keluarga! Bersama, kita kuat!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]