01 Feb 2025

BERITA NUBE

 

Dari Tanah Liat, Suara Rakyat Bergema! #HapusCajRM1

Di Warung 9 Beradik, Tanah Liat, suara rakyat semakin lantang. Dari pagi hingga petang, Sdri. Marjaan bersama pasukan NUBE PKP bergerak dari meja ke meja, menyampaikan maklumat, mendengar keluhan, dan mengumpul tandatangan dari mereka yang merasakan beban caj RM1 ini.

Seorang peniaga kecil berkongsi rasa: “Kami tiada pilihan, ATM bank sendiri jauh. RM1 mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi kami yang pendapatannya cukup-cukup makan, ini satu beban.”

Di satu sudut lain, seorang ibu menandatangani petisyen sambil berkata: "RM1 ini kalau dikira setiap bulan, setiap tahun, jumlahnya besar. Duit itu lebih baik digunakan untuk keluarga.”

Hari itu, ratusan tandatangan berjaya dikumpulkan. Bukan sekadar tanda tangan, tetapi tanda bantahan.

Kempen ini bukan tentang RM1 semata-mata. Ia tentang ketidakadilan, tentang rakyat yang dipaksa membayar caj yang tidak perlu, tentang suara kecil yang perlu didengar.

Perjuangan ini belum selesai. Kami akan terus bergerak ke seluruh Pulau Pinang dan Malaysia.

Jika anda juga mahu keadilan, tandatangani petisyen sekarang: https://www.change.org/HapusCajRM1

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #Ipoh #GerbangMalam

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]