30 Jan 2025

BERITA NUBE

 

Pasar Kedai Payang Bangkit! Rakyat Terus Sokong #HapusCajRM1!

Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 terus membara di Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu! Saudara Mohd Azizul Bin Fouzi, Cheon Tiong Eiw, Ahmad Marzuki Bin Mohd Nor, Nik Mohamad Zulfazlie Bin Nik Mustofa, Helmie Bin Ahmad dan ahli-ahli NUBE KT turun padang mendekati rakyat!

"Setiap ringgit sangat berharga! Jika caj RM1 ini dihapuskan, perbelanjaan harian kami lebih terjaga." – Encik Rahim, peniaga buah

"RM1 mungkin kecil bagi sesetengah orang, tapi bagi kami suri rumah, ia cukup untuk beli ikan atau sayur lebih untuk keluarga!" – Kak Ros, seorang suri rumah.

Suara rakyat makin kuat! Saudara Cheon menegaskan, "Ini perjuangan kita semua. 1 juta tandatangan akan tunjukkan kuasa rakyat menolak ketidakadilan!"

Saudara Mohd Azizul pula mengajak, "Jangan berhenti di sini! Sebarkan kempen ini ke seluruh Malaysia. Kita teruskan perjuangan sehingga menang!"

Nak tandatangan? Cari sukarelawan kami di lokasi berhampiran atau tandatangan petisyen secara online sekarang! https://www.change.org/HapusCajRM1

Rakyat bersatu, beban dihentikan!

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive #TerengganuBangkit #Terengganu

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]