24 Jan 2025

BERITA NUBE

 

Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 Tarik Sokongan Padu Penduduk Tempatan

Sungai Pinang, Pulau Pinang – Kempen 1 Juta Tandatangan #HapusCajRM1 yang dianjurkan oleh NUBE PKP mendapat sambutan hangat di kalangan penduduk sekitar Taman Nusantara. Inisiatif ini bertujuan membantah caj RM1 yang dikenakan bagi pengeluaran wang di mesin ATM antara bank, yang selama ini membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah. 

Sepanjang sesi yang berlangsung, Sdr Zainul, Ketua Zon 1 merangkap Naib Pengerusi NUBE PKP, mengetuai pasukan kempen dalam mengedarkan risalah  dan mendapatkan tandatangan sokongan  daripada komuniti setempat. Penduduk Taman Nusantara memberikan reaksi positif terhadap usaha ini, dengan ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap caj yang dianggap tidak adil dan menekan golongan kurang berkemampuan.

“Kami amat menyokong kempen ini. Caj RM1 untuk pengeluaran ATM antara bank hanya menambah beban, terutama dalam situasi kos sara hidup yang semakin meningkat,” kata salah seorang penduduk yang turut menandatangani petisyen.

Dengan semangat solidariti  dan sokongan masyarakat yang semakin kukuh, NUBE yakin bahawa kempen ini mampu mencapai matlamat untuk mengumpul 1 juta tandatangan.  Tandatangan ini bakal menjadi bukti nyata suara rakyat yang mahu menghentikan caj RM1 yang membebankan ini dan menyerahkannya kepada Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai usaha membawa perubahan yang diperlukan.

Sokongan anda penting untuk memastikan suara rakyat terus didengar. Mari bersatu, hapuskan caj yang tidak adil ini demi keadilan untuk semua! 

#HapusCajRM1 #BNM #PayNet #AffinBank #Ambank #AllianceBank #BankMuamalat #BankKerjasamaRakyatMalaysia #BankIslam #CIMBBank #HongLeongBank #Maybank #PublicBank #KeadilanUntukRakyat #NUBE #EkonomiRakyat #NUBEMalaysia #UtamakanRakyat #JusticeForRakyat #PeopleOverProfits #OnlinePetition #ScrapRM1Fee #SignatureDrive

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]