LAPORAN PIKET NUBE KLSP!
LAPORAN PIKET NUBE KLSP!
Tarikh: Isnin, 5 Ogos 2024
Masa: 6pm - 7pm
Lokasi: Menara Bank Islam, Jalan Perak, Kuala Lumpur
Semalam, NUBE KLSP mengadakan piket di hadapan Menara Bank Islam, Jalan Perak, Kuala Lumpur dari jam 6pm hingga 7pm. Kehadiran ahli-ahli NUBE yang penuh semangat menunjukkan bahawa perjuangan kita semakin kuat dan semakin mendapat perhatian!
KEBANGKITAN DI JALAN PERAK
Di tengah kesibukan Kuala Lumpur, ahli-ahli NUBE berdiri teguh di hadapan Menara Bank Islam, menuntut keadilan dan hak mereka. Sambutan daripada orang awam sangat menggalakkan, dengan hon kenderaan sebagai tanda sokongan yang tidak putus-putus. Risalah-risalah yang kami edarkan mendapat sambutan hangat, membuktikan bahawa perjuangan ini disokong oleh ramai.
KENAPA KAMI BERADA DI SINI?
Melawan Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Mengiktiraf Sumbangan Pekerja
Menentang Budaya Ketakutan
MAJU TERUS! PERJUANGAN KITA MASIH PANJANG!
Piket ini membuktikan bahawa kita tidak akan berundur sehingga setiap pekerja bank mendapat hak dan keadilan yang sewajarnya. Bersama-sama, kita akan terus berjuang untuk masa depan yang lebih baik dan lebih adil.
Sertai kami dalam perjuangan ini. Bersama kita lebih kuat!
Saksikan momen-momen penting dari piket ini dan jangan lupa untuk kongsikan dengan semua!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now