LAPORAN PIKET NUBE PRK!
LAPORAN PIKET NUBE PRK!
Tarikh: Rabu, 31 Julai 2024
Masa: 6pm - 7pm
Lokasi: Hong Leong Bank, Greentown Business Centre, Ipoh
Semalam, cawangan NUBE PRK berjaya melaksanakan piket di hadapan Hong Leong Bank, Greentown Business Centre, Ipoh dari jam 6pm hingga 7pm. Semangat dan kesatuan yang ditunjukkan oleh ahli-ahli NUBE begitu luar biasa, menjadikan piket ini satu momentum yang kuat dalam perjuangan kita!
KEBANGKITAN DI GREENTOWN
Piket kali ini benar-benar membawa semangat perjuangan ke tahap yang lebih tinggi. Ahli-ahli NUBE dengan tegas menyuarakan tuntutan mereka, manakala orang awam turut serta memberikan sokongan dengan membunyikan hon kenderaan. Kami juga tidak ketinggalan mengedarkan risalah kepada mereka yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai isu-isu yang diperjuangkan.
KENAPA KITA BERADA DI SINI?
Melawan Penindasan Hak Kesatuan
Menuntut Pembayaran yang Adil
Memerangi Diskriminasi dan Ketidakadilan
Menghargai Sumbangan Pekerja
Menentang Budaya Ketakutan
TETAP TEGUH! TERUS BERJUANG!
Piket ini membuktikan bahawa kita tidak akan berhenti sehingga keadilan dan hak setiap pekerja bank dijamin. Bersama-sama, kita akan terus maju menentang segala bentuk ketidakadilan dan memastikan hak kita dihormati.
Sertai kami dalam perjuangan ini. Bersama kita lebih kuat!
Saksikan detik-detik penuh semangat dari piket ini dan jangan lupa untuk kongsikan!
#NUBE #HakKesatuan #PiketLawanTetapLawan #KeadilanUntukPekerjaBank #BerdiriDanLawan #FightBackPicket #StandAndFight
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now