04 Jun 2024

BERITA NUBE

 

Kefahaman CA: Know Your Rights! 

Kefahaman CA: Know Your Rights! 

Artikel 5 & 6

Dalam post kali ini, kita akan membincangkan Artikel 5: Pengiktirafan Bank dan Artikel 6: Pengiktirafan Kesatuan dari Perjanjian Kolektif ke-19. Kedua-dua artikel ini sangat penting untuk memahami peranan dan pengiktirafan kedua-dua pihak, akan satu lagi, iaitu Bank mengiktiraf peranan dan aktiviti Kesatuan dan Kesatuan peranan dan aktiviti Bank.

Artikel 5: Pengiktirafan Bank 

Artikel 5 menyatakan bahawa Kesatuan mengiktiraf hak Bank untuk mengendalikan dan menguruskan perniagaannya dalam semua aspek, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa dan peruntukan dalam Perjanjian Kolektif ini.

Kenapa Ini Penting?

Memberi kuasa kepada Bank untuk menguruskan operasi dan pentadbiran harian, BUKANNYA dengan kuasa mutlak, mesti akur dengan keperluan munasabah.

Memastikan bahawa pengurusan Bank dilakukan mengikut undang-undang dan perjanjian yang dipersetujui.

Artikel 6: Pengiktirafan Kesatuan 

Artikel 6 menyatakan bahawa Persatuan (MCBA) dan Bank mengiktiraf Kesatuan sebagai satu-satunya badan perunding bagi pihak pekerja.

Kenapa Ini Penting?

Mengesahkan Kesatuan sebagai wakil sah ahli NUBE dalam semua rundingan.

Memastikan bahawa suara ahli NUBE diwakili secara adil dan sah dalam semua perbincangan dengan Bank.

Memastikan Kesatuan dimaklum akan perkara-perkara yang akan membawa impak ke atas sekuriti pekerjaan atau kesihatan dan keselamatan atau kebajikan atau ekonomi ahli NUBE.

Mengapa Pengiktirafan Ini Penting? 

Pengiktirafan Bank dan Kesatuan adalah asas untuk hubungan yang harmonis dan produktif antara pekerja dan majikan. Ia memastikan bahawa kedua-dua pihak mempunyai hak dan tanggungjawab yang jelas dan diakui dalam mengendalikan dan merundingkan terma dan syarat pekerjaan.

Dengan memahami peruntukan ini, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang isu di tempat kerja dan memastikan bahawa hak-hak anda terus dilindungi. Nantikan lebih banyak maklumat lanjut mengenai hak anda dalam siri "Kefahaman CA: Know Your Rights!" 

#KefahamanCA #KnowYourRights #NUBERights #BankEmployees #PerjanjianKolektif #Empowerment #WorkersRights #FairTreatment

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my