NUBE SMJ: Perjumpaan Ahli-Ahli NUBE dari CIMB BANK GBS HUB JALAN KUNING DUA JOHOR BAHRU
NUBE SMJ: Perjumpaan Ahli-Ahli NUBE dari CIMB BANK GBS HUB JALAN KUNING DUA JOHOR BAHRU
16 OGOS 2022- Ahli NUBE di CIMB BANK GBS HUB JALAN KUNING DUA telah menjemput NUBE SMJ untuk mengadakan satu mesyuarat khas berkenaan hala tuju serta masa depan kakitangan di sini.
NUBE SMJ yang dihadiri oleh Bro Michael selaku Presiden NUBE merangkap Setiausaha Cawangan bersama Sis Evelyn serta Bro Hafidh telah mengambil bahagian dalam mesyuarat tersebut.
Bro Firdaus selaku IRC di sini telah membuat pembukaan mesyuarat dengan memperkenalkan barisan tetamu yang hadir. Bro Micheal telah memberi penerangan yang sangat jelas dan padat berkenaan masa depan dan hala tuju ahli-ahli Nube di sini di samping menjawab beberapa persoalan ahli berkaitan isu semasa NUBE, permasalahan di tempat kerja serta norma baharu.
AJK NUBE SMJ telah berjaya mengatasi kerisauan ahli-ahli selama ini dan mereka berasa sangat teruja dan berjanji akan menjadi ahli NUBE yang proaktif dan progressif. Syabas diucapkan kepada semua ahli-ahli di sini.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now