MESYUARAT TAHUNAN RHB JALAN TUN RAZAK
Selasa 09.08.2022 - NUBE KLSP telah dijemput hadir ke RHB HQ untuk mengadakan mesyuarat yang telah dijalankan oleh saudara Mohd Rahmat selaku Ketua Zon H NUBE KLSP bersama-sama dengan saudara Saifulizan dan saudara Khairul Nizam Ahli Jawatan Kuasa NUBE KLSP.
Mesyuarat bermula pada pukul 6.00 petang sehingga pukul 8.00 malam dan telah berjalan dengan lancar. Ahli diminta sentiasa menjaga disiplin dan etika serta mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh pihak bank dan juga perjanjian kolektif NUBE - MCBA.
Sepanjang mesyuarat yang diadakan pelbagai soalan dan isu berbangkit telah dijelaskan kepada ahli-ahli NUBE disini dan ahli memahami penerangan yang telah dijelaskan.
Ahli disini mengucapkan ribuan terima kasih dan akan terus menyokong NUBE
ONE FOR ALL, ALL FOR ONE
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now