11 Aug 2022

BERITA NASIONAL

 

Perjumpaan membina bersama ahli-ahli NUBE di Public Bank Teluk Intan

TELUK INTAN, 11 Ogos: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan sesi pertemuan yang membina bersama ahli-ahli yang bertugas di Public Bank Berhad, Teluk Intan. 

Delegasi kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh diketuai oleh Naib Pengerusi Cawangan, Sdr Zubir Ahmad. Hadir sama Bendahari Kehormat Cawangan, Sdr Nicholas Quah. Lawatan itu berlangsung pada 9 Ogos (Selasa).

Salah satu agenda pertemuan termasuklah taklimat mengenai isu-isu semasa. Ahli-ahli yang hadir mengambil peluang untuk berkongsi input dan cadangan bernas.

Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE bagi mengeratkan kerjasama dan hubungan.

Sempena lawatan itu, kepimpinan NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, Pn Chan Yoon Ling dan Pengurus Perkhidmatan Perbankan, Dr. Muhammad Zool Hilmi.  

Para ahli berpuas hati dengan hasil kunjungan para pegawai NUBE ke cawangan mereka.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my