24 Jul 2022

BERITA NASIONAL

 

PIKET KEBANGSAAN NUBE FASA KEEMPAT: AHLI PAMERKAN SEMANGAT KENTAL LAWAN HSBC BANK

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) meneruskan piket kebangsaan dengan mengadakan piket fasa keempat, yang berlangsung di pekarangan HSBC Bank Malaysia di Kota Bharu, Kelantan pagi tadi ekoran sikap hipokrit HSBC Bank Malaysia meneruskan dasar mendiskriminasi dan menganiaya ahli-ahli NUBE kalangan B40 dan M40.

Selepas tidak mahu menyelesaikan 300 aduan industri yang difailkan oleh ahli-ahli NUBE sejak tahun 2019, dalam tindakan terbaharunya HSBC Bank Malaysia melengah-lengahkan pelarasan gaji bagi pekerja-pekerja kategori CSB (Customer Service Bankers) yang berkhidmat di bank tersebut. 

Kelewatan pelarasan gaji dan keengganan mahu memuktamadkan Perjanjian Kolektif (CA) sejak dua tahun lalu, dengan sendiri menunjukkan HSBC Bank Malaysia dengan sengaja mahu mendendam ahli-ahli NUBE, selain tidak mahu menyelesaikan isu-isu tertunggak.

Sikap angkuh HSBC Bank Malaysia yang berterusan itu seolah-olah tiada undang-undang yang boleh mengawal tindak-tanduk mereka.

Lebih 400 ahli dan pemimpin NUBE dari seluruh Semenanjung telah mengambil bahagian dalam piket fasa keempat yang berlangsung di hadapan HSBC Bank Cawangan Kelantan di Kota Bharu.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my