23 Jul 2022

BERITA NASIONAL

 

UCAPAN PERASMIAN: YB HILMI NASIHAT KORPORAT "BUANGLAH KETAMAKAN, UTAMAKAN KEBAJIKAN PEKERJA

KOTA BHARU, 23 Julai: Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, YB Hilmi Abdullah ketika berucap merasmikan Persidangan Kebangsaan NUBE bertemakan "Ketamakan Korporat Punca Majikan Miskin Jiwa" menegaskan, "pihak korporat perlu mempunyai tanggungjawab sosial dalam mengemudi perniagaan mereka."

"Kita sedar setiap organisasi mahukan keuntungan. Tiada pihak yang mahu menjalankan perniagaan untuk rugi.

"Dalam kita mengejar keuntungan, jangan kita bersikap tamak. Setiap tamak haloba akan membawa kemusnahan dan kehancuran organisasi di semua peringkat," kata beliau.

YB Hilmi menambah, kita sudah banyak menyaksikan kejatuhan pihak yang tamak - sama ada individu, syarikat, organisasi dan kerajaan.

"Jadi nasihat saya kepada korporat, buanglah ketamakan anda, sama-sama utamakan kepentingan dan kebajikan bersama pekerja. Mereka adalah aser terbesar anda.

"Bukannya wang yang berjuta-juta atau berbilion ringgit yang tidak terkira.

"Berkongsilah sebahagian keuntungan anda bersama pekerja anda. Jika anda berbuat demikian, nescaya setiap pekerja anda mendoakan kejayaan yang berterusan untuk syarikat," kata beliau di hadapan 400 ahli dan pemimpin NUBE yang menghadiri Persidangan Kebangsaan NUBE di sini sebentar tadi.

Tambah beliau, para pekerja harus dilihat dan dianggap sebagai "ahli keluarga organisasi". Di dalam Islam, katanya, setiap orang termasuk pekerja ada hak masing-masing yang perlu ditunaikan.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my