Pemimpin Ipoh melawat ahli-ahli NUBE di Bank Islam Meru
IPOH, 22 Julai: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan kunjungan untuk mengadakan perbincangan dengan ahli-ahli NUBE di Bank Islam, Meru, Ipoh pada 6 Julai lalu.
Dalam lawatan itu, delegasi kepimpinan NUBE Ipoh diketuai oleh Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Shahril, Sdri Sharen Kaur dan Sdri Jayasheila.
Ahli-ahli yang menghadiri sesi pertemuan telah diberikan taklimat mengenai perkembangan semasa. Mereka juga dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Sempena lawatan itu, pegawai IRC yang baharu turut telah dilantik.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat terkini yang diberikan dan amat gembira dengan kehadiran pemimpin NUBE Ipoh ke cawangan mereka.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now