13 Jul 2022

BERITA NASIONAL

 

Kepimpinan NUBE Ipoh lawat ahli-ahli di Public Bank, Kampar

IPOH, 13 Julai: Dalam siri terkini bagi memperkukuhkan ikatan  bersama ahli-ahli Kesatuan, kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di  Public Bank Berhad Cawangan Kampar.

Sempena kunjungan itu pada 7 Julai lalu, delegasi kepimpinan NUBE Ipoh, yang diketuai oleh Bro Thiagarajan dan Bro Nasirudin, telah memberi penjelasan berhubung perkembangan semasa dan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh ahli.

Para ahli juga telah diberi nasihat dan galakan mengenai kepentingan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE dari semasa ke semasa.

Kepimpinan mendapati kunjungan kali ini berjaya mengeratkan hubungan antara ahli-ahli dan Kesatuan, dan percaya kebajikan ahli dapat dimantapkan lagi.

Bagi menjalin hubungan harmoni, kepimpinan NUBE juga mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, En Eng Kok Young. 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my