06 Jul 2022

BERITA NASIONAL

 

Seminar Khusus NUBE Mengenai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

MELAKA, 6 Julai: NUBE SMJ telah menganjurkan Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) sehari untuk ahli-ahli NUBE di Melaka, 2 Julai lalu.

Salah satu objektif utama seminar ini adalah mewujudkan kesedaran tentang OSH, iaitu keperluan berkanun di tempat kerja di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Selain pelbagai seksyen, peraturan dan jadual yang terkandung dalam akta tersebut, para peserta juga berpeluang memperoleh pengetahuan mengenai penggunaan prinsip-prinsip Pengenalpastian Bahaya, Penilaian Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC).

Seramai 33 peserta yang mengambil bahagian dalam seminar tersebut memberikan maklum balas yang sangat positif memandangkan ia merupakan satu pengalaman pembelajaran baharu dan bermanfaat.

Seminar dikendalikan oleh Presiden NUBE dan Setiausaha Kehormat Cawangan SMJ, Sdra Michael Tan, yang baru-baru ini telah menghadiri seminar tiga hari bertajuk "OSH-C, Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan" di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH).

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my