Pertemuan dengan ahli NUBE di CIMB Bank Jalan Maju, Kota Bharu
KOTA BHARU, 6 Julai: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Kelantan-Terengganu meneruskan sesi mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli bagi mengeratkan lagi hubungan.
Pada 4 Julai lalu, kepimpinan telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli di CIMB Bank Jalan Maju, Kota Bharu.
Delegasi diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Sdra Mohd Azizul. Turut hadir Bendahari Sdra Helmi Ahmad.
Sesi kunjungan ini telah digunakan untuk memberi penerangan mengenai isu-isu semasa. Selain itu, pelbagai pandangan bernas juga telah dikongsi oleh ahli.
Ahli-ahli turut dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE.
Kepimpinan NUBE akan meneruskan tradisi ini bagi memantapkan hubungan di peringkat akar umbi.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now