28 Jun 2022

BERITA NASIONAL

 

Mengunjungi ahli-ahli NUBE di RHB Bank, CIMB Bank & Maybank, Kampar

KAMPAR, 28 Jun: Barisan kepimpinan NUBE Cawangan Ipoh meneruskan sesi mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli bagi mengeratkan hubungan, selain memfokus kepada aspek kebajikan mereka.

Sesi pada 23 Jun lalu telah diketuai oleh Naib Pengerusi Cawangan Ipoh, Sdra Zubir Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdri Sharen Kaur.

Mereka meluangkan masa untuk mengunjungi ahli-ahli di RHB Bank, CIMB dan Maybank, Kampar.

Kepimpinan NUBE Ipoh menggunakan peluang itu untuk memberi penerangan mengenai isu-isu semasa yang menjadi perhatian. Pelbagai pandangan bernas telah dikongsi dalam sesi kali ini.

Selain itu, ahli-ahli turut dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE. Kepimpinan NUBE Ipoh akan meneruskan tradisi ini bagi memantapkan hubungan di peringkat akar umbi.
 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my