24 Jun 2022

BERITA NASIONAL

 

Sdr Chandrasekaran, mantan Setiausaha Agung NUNW meninggal dunia, satu kehilangan besar

KUALA LUMPUR,24 Jun: Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) kehilangan seorang lagi pejuang kesatuan sekerja - iaitu Sdr R. Chandrasekaran.

Mendiang telah menjalin hubungan baik dengan NUBE dan memberi sumbangan daripada segi kepakaran dan pengetahuan yang bernilai dalam mengemudi kesatuan.

Sdr Chandrasekaran merupakan mantan Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Suratkhabar (NUNW). Selepas bersara mendiang telah menyediakan perkhidmatan sebagai Perunding Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan untuk NUBE.

NUBE menghargai sumbangan-sumbangan bernilai dan persahabatan beliau.

"Pemergian Sdr Chandrasekaran satu kehilangan besar kepada pekerja-pekerja di negara ini. NUBE mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang," kata Setiausaha Agung NUBE, J Solomon.

Mendiang yang lahir pada 22 Ogos 1957 meninggal dunia semalam.

Upacara pengebumian akan berlangsung hari ini.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my