22 Jun 2022

BERITA NASIONAL

 

PIKET KEBANGSAAN PROTES PENGURUSAN MBSB - DI BANDAR BARU BANGI BERJALAN DENGAN JAYANYA

KUALA LUMPUR, 22 Jun Hampir 200 pemimpin dan ahli-ahli NUBE Cawangan KLSP mengambil bahagian dalam piket yang diadakan di pekarangan MBSB Bank Malaysia Cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor tengah hari tadi.

Pengerusi NUBE KLSP, Sdr J Solomon; Setiausaha Kehormat, Sdri A Karuna dan 10 pemimpin lain berucap dalam piket yang berlangsung selama satu jam. 

Mereka menggariskan alasan dan sebab piket kali ini diadakan memprotes tindak-tanduk MBSB - kali pertama membabitkan bank tersebut.

NUBE mengadakan piket peringkat kebangsaan di seluruh negara pada hari ini bagi membantah tindak-tanduk pengurusan tertinggi MBSB yang mendiskriminasi, menafikan hak ahli-ahli NUBE dan menganiayai mereka, selain bertindak dengan tidak jujur dalam urusan dengan NUBE.

Selain di Bandar Baru Bangi, piket juga diadakan di pekarangan MBSB Bank Pulau Pinang, Wisma Penang Garden Business Centre, George Town, Pulau Pinang; MBSB Bank Ipoh, Persiaran Greenhill, Ipoh, Perak; MBSB Bank Melaka, Jalan Melaka Raya 1, Melaka Raya, Melaka, dan MBSB Bank Kuala Terengganu, Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu, Terengganu.

Sdr Solomon dalam ucapannya berkata, piket akan diteruskan sehingga segala pertikaian menemui jalan penyelesaian.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my