NUBE KLSP meraikan graduan Seminar Grassroot Sesi Ke-2 Tahun 2022
KUANTAN, 18 Jun: Seramai 16 orang wanita dan enam orang peserta lelaki yang sangat aktif, cerdik dan riang menjadi graduan Sesi Seminar Grassroot NUBE KLSP Kedua Tahun 2022.
Sesi “Moh Negeri Pahang” ini menampilkan ciri-ciri kepimpinan baharu. Insya-Allah, pemimpin-pemimpin baharu ini akan menyumbang demi pembangunan NUBE di Pahang.
Program ini juga menyaksikan para peserta berkongsi kata-kata inspirasi yang menyentuh hati dan berterima kasih kepada kepimpinan NUBE KLSP yang menyediakan Ahli Jawatankuasa dan juga tenaga pengajar yang berdedikasi untuk membina kepimpinan baharu.
Seminar diakhiri dengan sesi dialog bersama Setiausaha Agung dan Pengerusi NUBE KLSP, Sdra J Solomon.
Beliau berkongsi perkembangan terkini dalam industri perbankan, kepentingan maruah dan martabat Keluarga NUBE serta pembangunan inklusif bagi semua ahli.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now