Perjumpaan ahli-ahli NUBE di Public Bank, Simpang Pulai
SIMPANG PULAI, 18 Jun: Barisan pemimpin NUBE Cawangan Ipoh yang diketuai oleh Pengerusi Cawangan Bro Syukri Mustafa dan Ahli Jawatankuasa Cawangan, Bro Nasirudin, telah mengunjungi Public Bank Berhad, Cawangan Simpang Pulai pada 16 Jun lalu.
Ahli-ahli NUBE di bank tersebut telah diberikan taklimat mengenai beberapa isu semasa. Mereka juga dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Para ahli kelihatan berpuas hati dengan maklumat terkini yang diberikan. Selain itu, mereka gembira dengan kehadiran kepimpinan NUBE.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now