Perjumpaan ahli-ahli NUBE di RHB Bank, Tasek, Ipoh
IPOH, 17 Jun: Barisan pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, diketuai Ahli Jawatankuasa Cawangan, Bro Shahril Saferi, Sis Jayasheila dan Sis Sharen Kaur, telah mengunjungi ahli-ahli kita di RHB Bank, Cawangan Tasek, Ipoh, semalam.
Semua ahli yang hadir telah diberikan perkembangan terkini mengenai isu-isu semasa. Mereka juga dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti anjuran NUBE dari semasa ke semasa. Malah, ahli-ahli dinasihatkan agar peka dengan perkembangan terkini perbankan dan turut dipinta untuk bergiat aktif dalam laman Facebook rasmi NUBE Malaysia.
Semua ahli amat berterima kasih dengan maklumat terkini yang diberikan dan menghargai kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now