17 Jun 2022

BERITA NASIONAL

 

Seminar Grassroot NUBE KLSP: Memahami hak asasi manusia, aktifkan di tempat kerja

KUANTAN, 17 Jun: Seminar Grassroot NUBE KLSP memberi ahli pengetahuan penting berkenaan tiga komponen utama dalam ekonomi negara, dalam faktor mana mereka sebagai pekerja berada dan bagaimana mereka boleh menjadi pencetus yang boleh mengubah arah aliran ekonomi negara. 

Untuk menjadi pencetus itu, ahli-ahli perlu faham hak asasi manusia mereka dan bagaimana hak itu boleh diaktifkan di tempat kerja. 

Mereka juga diberi pemahaman berkenaan peranan NUBE di dalam arena ekonomi ini serta urusan pentadbiran NUBE. 

Kesemua ini dipelajari dalam persekitaran yang selesa dan dengan cara pembelajaran yang menyeronokkan.

Seramai 30 peserta mengikuti Seminar Grassroot NUBE KLSP yang bermula semalam.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my