16 Jun 2022

BERITA NASIONAL

 

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN RHB BANK TAMAN PEKAN BARU SUNGAI PETANI KEDAH

Sungai Petani, Kedah 15 Jun 2022 - Pengerusi Cawangan NUBE NR PKP Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen dan Naib Pengerusi Sdr Baskaran Letchumanan turut dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan RHB Bank Cawangan Sungai Petani bagi sesi 2022- 2023 bersama Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdri Siti Haryati dan Sdri Suhaili bagi Zone 2 Sg Petani Kedah.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu aluan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Sdr Razmadi dan diikuti oleh Timbalan Presiden NUBE, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen. Sdr Abdul Jamil telah menekankan betapa pentingnya semangat solidariti dan uniti di kalangan ahli NUBE di tempat kerja, terutamanya dalam berhadapan dengan ancaman digitalisasi yang sedang rancak menguasai industri bank secara keseluruhan. Beliau juga menasihati agar ahli-ahli perlu berdisiplin dan sentiasa menjaga tatatertib pekerjaan untuk terus memastikan kita kekal relevan dalam industri ini.

Mesyuarat diteruskan dengan sesi soal jawab dan perlantikan IRC baru. Para ahli amat berbesar hati atas kunjungan ini dan berjanji akan terus kekal bersatu bersama NUBE memperjuangkan hak kaum perkerja di Bank.

Syabas dan tahniah dari Pegawai - pegawai NUBE NR PKP keatas perlantikan IRC yang baru bagi sesi 2022/2023.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my