06 Jun 2022

BERITA NASIONAL

 

NUBE Cawangan SMJ Hadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri Public Bank Wilayah Selatan 1

JOHOR BAHRU, 6 Jun 2022: Pengurusan Public Bank Wilayah Selatan 1 telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan telah menjemput NUBE Cawangan SMJ.

Majlis yang berlangsung di Hotel IBIS Iskandar Puteri pada 3 Jun lalu, NUBE SMJ diwakili oleh Setiausaha Cawangan SMJ, Sdr Tan Eng Hong yang juga Presiden NUBE; Naib Pengerusi Cawangan, Sis Evelyn Chan Siew Yen; lima Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Sdr Shariffudin, Mohd Hafidh, Sdr Mazuwan, Sis Nadiah dan Sis Malar.

Pengurus Wilayah  Selatan 1, En Peter Cheong dan pengurus-pengurus cawangan mengalu-alukan kehadiran barisan kepimpinan NUBE SMJ.

Dalam ucapannya, En Peter menekankan keperluan perhubungan yang baik di antara pihak bank Wilayah Selatan 1 dan NUBE SMJ. Menurut beliau, ia penting untuk perhubungan industri harmoni di tempat kerja.

Majlis kali ini berlangsung dengan meriah setelah dua tahun tidak diadakan akibat pandemik Covid-19. Semoga hubungan harmoni yang terjamin ini dapat dikekalkan demi masa depan yang lebih baik ahli-ahli NUBE.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my