23 May 2022

BERITA NUBE

 

SEMINAR INTERMEDIATE NUBE SMJ

JOHOR BAHRU, 23 Mei 2022: Seminar Intermediate NUBE SMJ telah diadakan dengan jayanya mulai 20 Mei hingga 22 Mei 2022 lalu.
 
Seminar tiga hari ini, yang berlangsung di Johor Bahru, Johor, telah disertai seramai 30 peserta dari Johor. Topik yang diikuti merangkumi Perjanjian Kolektif, Perlembagaan, Prosedur-prosedur Aduan, penyediaan minit mesyuarat, cara mengendalikan mesyuarat, tanggungjawab IRC dan banyak lagi. 

Selain aktiviti dalam kelas, aktiviti-aktiviti luar kelas termasuk kolam renang dan juga senaman pagi turut memeriahkan seminar kali ini. 

Para peserta juga merakamkan jutaan terima kasih dan tidak sabar memantikan aktiviti-aktiviti  NUBE yang akan datang. Seminar dikendalikan oleh Setiausaha Cawangan SMJ, Sdr Tan Eng Hong; Naib Pengerusi Sis Evelyn Chan dan Ahli Jawatankuasa Cawangan, Sdr Sharifuddin.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my