28 Apr 2022

BERITA NASIONAL

 

10 MALAM TERAKHIR RAMADAN

27 April 2022 - Ketika kita semua berada di penghujung Ramadan, NUBE Penang/Kedah/Perlis telah mengambil kesempatan untuk meneruskan Program Bantuan Golongan Asnaf. Kali ini keluarga-keluarga yang berada di Alor Setar dan Kangar telah diberi bantuan.

NUBE Penang/Kedah/Perlis telah diwakili oleh Tuan Haji Mohamad Ilyas, selaku Exco NUBE Malaysia, merangkap Bendahari Kehormat serta Ketua Zon 1 (Alor Setar/Kangar/Langkawi) bersama-sama Saudara Zulkipli Abd Rahman, Ahli Jawatankuasa Kerja NUBE PKP dan Saudara Rizal, Ahli Jawatankuasa Penyelaras Maybank Kangar.

Keluarga pertama yang dikunjungi adalah Keluarga En. Ishak Othman, En. Ishak hanya membuat kerja kampung serta tidak mempunyai pendapatan tetap dan isterinya bekerja sebagai tukang cuci di sekolah. Anak-anak beliau masih kecil lagi.

Keluarga kedua yang diziarahi adalah Keluarga En. Ali Salleh, En. Ali tidak mempunyai pekerjaan tetap, isteri beliau menghidapi sakit ketumbuhan di kepala serta memerlukan kos rawatan setiap bulan. Anak-anak beliau seramai 7 orang dimana 3 orang adalah anak-anak Orang Kelainan Upaya (O.K.U).

Terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli NUBE Penang/Kedah/Perlis yang sudi menghulurkan bantuan untuk golongan yang amat memerlukan bantuan. Semoga sumbangan anda di bulan Ramadan yang mulia ini dilimpahi dengan ganjaran oleh Allah S.W.T. Semoga amalan kita di 10 Malam Terakhir Ramadan ini diterima oleh Allah dan diberi keizinan untuk bertemu kembali di Ramadan akan datang.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my