02 Apr 2022

BERITA NASIONAL

 

PERKEMBANGAN TERKINI STATUS PERJANJIAN KOLEKTIF MCBA/NUBE YANG KE-19

Saudara/i yang dihormati,

PERKEMBANGAN TERKINI STATUS PERJANJIAN KOLEKTIF MCBA/NUBE YANG KE-19

Dengan segala hormat dimaklumkan bahawa Pasukan Perundingan NUBE telah mengadakan pertemuan dengan Pasukan Perundingan MCBA pada tarikh-tarikh berikut:

i. 25 Jan 2022 (Selasa) : 10.00 pagi-12.00 tengah hari & 2 petang-4 petang

ii. 26 Jan 2022 (Rabu) : 10.00 pagi-12 tengah hari

iii. 16 Feb 2022 (Rabu) : 10.00 pagi-12.00 tengah hari & 2 petang-4.30 petang

iv. 17 Feb 2022 (Khamis) : 10.00 pagi-12.30 tengah hari

v. 2 Mac 2022 (Rabu) : 10.00 pagi-11.00 pagi


Pasukan Perundingan NUBE kita telah selesai membentangkan kepada Pasukan Perundingan MCBA cadangan dan justifikasi kita.

Mesyuarat perundingan seterusnya dijadual akan berlangsung pada 5 dan 6 April 2022. Pihak MCBA akan kembali kepada kita cadangan balas mereka ke atas justifikasi-justifikasi kita.

Perlu dinyatakan di sini bahawa setakat ini proses perundingan antara Pasukan Perundingan NUBE dan MCBA telah berjalan dalam suasana mesra, pada tahap saling menghormati yang paling tinggi manakala NUBE telah bertindak secara realistik dalam mewajarkan cadangan-cadangan kita.

Sementara itu, kami memohon doa dan solidariti saudara/i agar CA MCBA/NUBE akan mencapai objektif kita dalam memastikan Ahli-ahli NUBE dinaikkan martabat demi menikmati kehidupan yang lebih baik bersama keluarga saudara/i.

Kami akan terus memaklumkan anda tentang perkembangan proses perundingan.


SOLIDARITI SELAMA-SELAMANYA!
 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my