13 Mar 2022

BERITA NUBE

 

Saudara dan Saudari yang dihormati, Bagi pihak NUBE, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota KELUARGA NUBE yang telah mengharungi pandemik Covid-19 dengan bergerak dari seluruh negara ke HSBC Bank Malaysia di Johor Bahru untuk menyuarakan solidariti demi ahli-ahli NUBE di HSBC

Saudara dan Saudari yang dihormati,

Bagi pihak NUBE, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua anggota KELUARGA NUBE yang telah mengharungi pandemik Covid-19 dengan bergerak dari seluruh negara ke HSBC Bank Malaysia di Johor Bahru untuk menyuarakan solidariti demi ahli-ahli NUBE di HSBC.

Di mata orang biasa anda adalah ahli-ahli NUBE, tetapi bagi NUBE anda sebenarnya merupakan Pahlawan.

Ahli-ahli NUBE telah membuktikan bahawa bahasa terpenting dalam kalangan pekerja ialah SOLIDARITI.

Hanya dengan SOLIDARITI, kita dapat mengatasi eksploitasi ke atas AHLI-AHLI NUBE oleh KELAB ORANG KAYA yang terdiri daripada HSBC Bank Malaysia, Bank Negara Malaysia, Menteri Kewangan, Menteri Sumber Manusia dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Ingatlah piket seterusnya sedang diaturkan dan kami yakin akan ada bilangan Pahlawan NUBE yang lebih ramai atas nama SOLIDARITI.

Kita akan terus menyuarakan solidariti bersama Ahli-ahli NUBE di HSBC Bank Malaysia menentang segala bentuk rasuah, manipulasi, eksploitasi yang telah menjangkiti, mencemari dan mereputkan KELAB ORANG KAYA.

SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU!

SOLIDARITI SELAMA-LAMANYA!


J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG
NUBE
 

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my