Perjumpaan dengan ahli NUBE di RHB, Hutan Melintang
Pada 7 Disember 2021, barisan pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diketuai Naib Pengerusi Cawangan, Bro Zubir Ahmad dan Bendahari Kehormat Cawangan, Bro Nicholas Quah telah mengunjungi RHB Bank Cawngan Hutan Melintang.
Ahli-ahli telah diberikan perkembangan terkini mengenai beberapa isu semasa yang berbangkit. Mereka juga dinasihatkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Pegawai-pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, Puan Tan Yee Mei.
Para ahli yang menghadiri sesi pertemuan merasa berpuas hati dengan maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now