CADANGAN PERJANJIAN KOLEKTIF MCBA/NUBE TELAH DISERAH
Kepimpinan NUBE mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli yang telah menyertai Webinar Cadangan Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE ke-19 yang telah diadakan secara maya pada 03-Dis- 2021. Kami mengucapkan terima kasih atas penyertaan aktif, maklum balas, cadangan dan mandat anda.
Sokongan dan kerjasama anda yang tidak berbelah-bahagi adalah motivasi bagi kami untuk memastikan perkhidmatan yang lebih baik untuk anda.
PENYERAHAN CADANGAN
Seperti yang dijanjikan, pada 06-Dis-2021 jam 10.30 pagi, kami telah menyerahkan cadangan tersebut kepada MCBA dalam satu perbincangan ringkas.
Dari segi prosedur, MCBA mempunyai 30 hari untuk menyemak dan mengemukakan cadangan balas mereka, yang akan bermula pada awal Januari 2022. Ia akan diikuti dengan NUBE yang mempunyai 30 hari untuk menyemak cadangan MCBA dan selepas itu rundingan akan dimulakan menjelang akhir Februari 2022.
Kami memohon sokongan dan kesabaran anda yang berterusan bagi membolehkan kami melakukan yang terbaik untuk anda.
Sekali lagi terima kasih atas sokongan dan kerjasama.
Bersama-sama, kita menjadikannya lebih baik untuk semua.
Kekal Selamat, Kekal Sihat dan Kekal Kuat
#SATUUNTUKSEMUA SEMUAUNTUKSATU
J SOLOMON
GENERAL SECRETARY
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now