24 Nov 2021

BERITA NASIONAL

 

Lagi kesatuan sekerja gesa kerajaan ganti wang pencarum KWSP

Satu lagi kesatuan sekerja tampil mendesak kerajaan mengganti wang yang dikeluarkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susulan kesan negatif Covid-19.

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Industri Minuman Semenanjung Malaysia (Nudiw) berkata kerajaan tidak sewajarnya membenarkan pencarum mengeluarkan simpanan masing-masing untuk melaksanakan pakej rangsangan ekonomi.

“Langkah membenarkan pengeluaran sehingga mengakibatkan para pencarum kekal berada dalam keadaan kitaran kemiskinan,” kata presidennya Zulfakar Mohamed.

Semalam Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (Nube) mendesak KWSP menuntut kerajaan memulangkan wang yang dikeluarkan ahli KWSP daripada kumpulan B40 dan M40.

Nube mengingatkan tujuan utama KWSP untuk melindungi simpanan persaraan pesara telah beralih.

B40 merujuk kepada 40 peratus rakyat Malaysia yang berpendapatan paling rendah manakala M40 pula 40 peratus rakyat Malaysia berpendapatan sederhana.

Sementara itu, Zulfakar berkata sebagaimana kerajaan memutuskan untuk mengembalikan wang yang digunakan untuk membeli vaksin susulan tekanan pelbagai pihak, kerajaan sepatutnya berbuat demikian dalam pengeluaran wang KWSP.

Katanya, Berdasarkan maklumat yang mereka terima, ramai pencarum yang mengeluarkan simpanan mereka kini kecewa dan sedih dengan tindakan itu, yang terpaksa mereka lakukan ketika kemerosotan pendapatan.

“Pada hari ini, ramai sudah sedar pentingnya simpanan KWSP kekal tidak disentuh demi masa persaraan kekal, sehingga bakal merugikan mereka apabila memasuki fasa persaraan nanti,” katanya.

 
 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my