Perjumpaan ahli di Public Bank, Kuala Kangsar
20 November 2021, Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diketuai Naib Pengerusi Cawangan Bro Zubir Ahmad, Bendahari Kehormat Cawangan Bro Nicholas Quah, dan Ahli Jawatan Kuasa Bro Thiagarajan telah mengunjungi Public Bank Berhad, Kuala Kangsar.
Dalam mesyuarat tersebut, semua ahli telah dikemaskinikan dengan isu-isu semasa dan mereka juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan NUBE dan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Para ahli merasa berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now