Perjumpaan ahli dari Maybank, Jelapang
Pada 22 Oktober 2021, NUBE Ipoh mengaturkan satu pertemuan secara atas talian dengan ahli-ahli Maybank cawangan Jelapang, Perak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Sis Sharen Kaur. Turut serta Bersama Bro Syukri (Pengerusi), Bro Haji Zubir Ahmad (Naib Pengerusi), Bro Nicholas Quah (Bendahari) dan juga pegawai-pegawai Nube Ipoh, Bro Thiagarajan, Sis Jaya Sheila dan Bro Shahril.
Dalam pertemuan itu, ahli-ahli diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi seperti langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh bank bagi memerangi wabak Covid 19, 'kerja dari rumah' dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai-pegawai Kesatuan.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang bermanfaat.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now