Perjumpaan ahli dari MBSB Bank, Perak
Pada 8 Oktober 2021, NUBE Ipoh mengatur satu mesyuarat secara maya dengan ahli-ahli di MBSB Bank seluruh Perak.
Mesyuarat dalam talian dipengerusikan oleh Bro Syukri Mustafa (Ketua Cawangan) bersama Bro Haji Zubir Ahmad (Naib Pengerusi), Bro Nicholas Quah (Bendahari) dan juga Pegawai Cawangan, Bro Syukri Kamil, Bro Thiagarajan dan Sis Sharen Kaur.
Dalam pertemuan itu, semua ahli diberi taklimat mengenai NUBE-AIA GHSI, NUBE-Great Eastern Insurance Scheme dan diikuti dengan sesi dialog dengan Union Officials. Selain itu, mereka juga disarankan untuk melawati dan menyokong NUBE melalui media sosial seperti NUBE Facebook dan Radio NUBE.
Ahli-ahli berasa gembira dan menghargai Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan pertemuan yang bermanfaat walaupun pada masa Covid-19 yang mencabar ini.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now