01 Sep 2021

BERITA NASIONAL

 

SURAT TERBUKA RASUAH BUSTERS KEPADA AHLI PARLIMEN: "JADIKAN PENGHAPUSAN RASUAH SEBAGAI AGENDA NEGARA"

Gerakan kempen Rasuah Busters yang diperkenalkan awal tahun ini, hari ini mengeluarkan surat terbuka meminta kesemua wakil rakyat, terutama Ahli-ahli Parlimen supaya menjadikan "Penghapusan Rasuah Sebagai Agenda Negara" - agenda penting di Parlimen.

"Ayuh kita jadikan penghapusan rasuah sebagai agenda ketiga negara seiring dengan pengendalian isu ekonomi dan Covid-19," kata Rasuah Busters dalam surat terbuka yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian hari ini.

Rasuah Busters berkata, pihaknya akan memberi jaminan untuk meneruskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan Yang Berhormat boleh meletakkan "kepercayaan ke atas kami tanpa sebarang keraguan dalam usaha Yang Berhormat membanteras rasuah."

"Kami berjanji untuk berganding bahu bersama Yang Berhormat dengan penuh dedikasi untuk mencapai matlamat bersama – membanteras rasuah –  dengan efektif dan secara holistik. secara cekap dan berkesan.

"Namun, bagi menjayakan usaha #RasuahBusters bersama Yang Berhormat membanteras rasuah, kami memerlukan kepimpinan Yang Berhormat di peringkat Parlimen.

"Kami amat berharap agar Yang Berhormat akan bersungguh-sungguh membawa cadangan ini ke Parlimen," kata Rasuah Busters.

Rasuah Busters merupakan satu gerakan kempen antirasuah yang terdiri daripada lebih 300 organisasi teguh dengan jutaan ahli dan penyokong.


#RasuahBusters

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]