Jumlah jangkitan Covid19 telah meningkat ke paras yang amat membimbangkan, berjumlah 9,020 pada hari Sabtu, 29 Mei 2021
NUBE pernah mendesak agar kerajaan melaksanakan sekatan (lockdown) menyeluruh awal-awal lagi. Namun, kami menghargai keputusan terkini yang akan berkuat kuasa 1 Jun ini.
Sebilangan ahli kami dan keluarga mereka turut dijangkiti. Ada yang melaporkan mereka tidak mendapat perhatian dan rawatan yang diperlukan dalam kadar yang segera, sama ada di hospital kerajaan mahupun swasta.
Oleh itu, bank dan institusi kewangan juga harus diletakkan di bawah 'lockdown' menyeluruh selama 14 hari, secara berperingkat. Ini akan membantu membendung jangkitan.
Kami yakin YAB PM akan juga mendesak MOSTI dan MITI supaya mempercepatkan program vaksin untuk Barisan Hadapan dalam industri perbankan.
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now