25 May 2021

COVID-19 TERKINI

 

Selamatkan Nyawa  Sekeluarga; Pastikan Pematuhan Ketat SOP COVID-19

Rakan-rakan yang disanjungi,  
 
Selamatkan Nyawa  Sekeluarga; Pastikan Pematuhan Ketat SOP COVID-19
 
Persatuan Bank Komersial Malaysia (MCBA) komited untuk memastikan SOP kesihatan dan keselamatan yang ketat dikuatkuasakan di tempat kerja demi melandaikan lekuk  Covid-19 yang semakin menokok.
 
Pendirian MCBA ini ditegaskan dalam surat presidennya yang dilampirkan.  Ia seiring dengan  komitmen NUBE untuk memastikan pematuhan ketat SOP di tempat kerja demi keselamatan pekerja dan pelanggan bank.
 
Sehubungan itu, kami meminta anda memastikan semua SOP asas yang digariskan, dipatuhi di tempat kerja masing-masing.
 
Jika anda mempunyai keraguan, sila rujuk kepada Pegawai / Pengurus Cawangan / Ketua Jabatan bank anda. Sekiranya anda masih memerlukan penjelasan lanjut, sila rujuk kepada IRC atau Jawatankuasa Cawangan anda untuk bantuan.
 
Semua ahli NUBE wajib mematuhi SOP Bank dengan ketat agar kesihatan mereka sekeluarga sentiasa terlindung, lebih-lebih lagi memandangkan kadar jangkitan Covid-19 melibatkan pekerja bank masih di tahap membimbangkan.
 
Dalam keadaan negara menghadapi gelombang ketiga wabak Covid-19, keutamaan adalah melindungi nyawa setiap pekerja. Justeru, pastikan bukan sahaja tempat kerja anda selamat tetapi pematuhan ketat SOP di luar tempat kerja turut dijadikan amalan harian kita semua.
 
Beberapa bank memberi kebenaran untuk ahli kami bekerja dari rumah (BDR), susulan peningkatan kes positif dan kematian akibat wabak Covid-19. Bagi golongan BDR ini, adalah amat mustahak untuk anda duduk di rumah dan hanya keluar jika mempunyai urusan mendesak. Dalam apa keadaan pun, pastikan SOP dipatuhi dengan ketat.
 
Dalam perkembangan berkaitan, adalah amat mendukacitakan pihak berkuasa bertindak menangguhkan pemberian vaksin kepada barisan hadapan sektor perbankan yang dikategorikan sebagai perkhidmatan penting. MCBA masih berusaha mengatasi isu ini dengan menghubungi pihak berkenaan sejak Mac lalu.
 
Di samping itu, NUBE turut memberi peringatan kepada pihak berkenaan mengenai pentingnya barisan hadapan sektor perbankan divaksinasi secepat mungkin.
 
Apa pun, kita perlu terus mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk memastikan tempat kerja selamat dan mengelak sebarang pergerakan atau pergaulan yang melanggar SOP  Majlis Keselamatan Negara dan pihak bank sendiri.
 
Terima kasih.
 
"SATU UNTUK SEMUA, SEMUA UNTUK SATU; BERSAMA KITA BENDUNG COVID

J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]