Pandemik Covid 19 semakin menular dan membahayakan seluruh rakyat Malaysia, turut terkesan adalah pekerja-pekerja Bank lebih-lebih lagi golongan B40 dan M40 di HSBC.
Pekerja-pekerja B40 dan M40 di HSBC ada yang telah kehilangan kerja, ada juga tugas dan fungsinya disumberluarkan ke India dan Sri Lanka. HSBC telah melanggar hak asasi manusia dan perlanggaran ini pula direstui oleh Bank Negara Malaysia.
Malah laporan juga telah dibuat kepada Kementerian Sumber Manusia dan juga arahan dari Pejabat Perdana Menteri kepada Menteri Sumber Manusia telah dikeluarkan tetapi masih tiada apa-apa tindakan positif yang diambil.
Apakah Bank Negara, Kementerian Sumber Manusia dan Menteri Kewangan tidak pedulikan nasib dan kehidupan pekerja Malaysia terutamanya golongan B40 dan M40?
Likes Comments
To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now