15 Jan 2021

 

 

NUBE telah mengetengahkan pelbagai keluhan dan rintihan dari ahli-ahli di HSBC berkenaan dengan kerisauan jaminan masa depan pekerjaan dan mata pencarian mereka di bank tersebut akibat dari penyumberluaran.

Sehingga kini, HSBC terus mengambil sikap tidak bertanggungjawab dan memekakkan telinga terhadap perkara ini.

HSBC dituntut untuk menghentikan penyumberluaran pekerjaan rakyat Malaysia ke negara luar dan memberikan jaminan bahawa semua tugasan pekerja B40 dan M40 di Malaysia yang dirampas itu dikembalikan kepada rakyat Malaysia semula.

Perkara ini telah diadukan dan dirujuk kepada pelbagai agensi kerajaan dan pihak berwajib. Namun sehingga kini masih tiada satu pun tindakan yang efektif dilakukan oleh mereka.

#HabislahPekerjaMalaysia

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]