13 Apr 2020

COVID-19 TERKINI

 

KERJASAMA ANTARA MTUC – KEDUTAAN BANGLADESH BAGI MENYEDIAKAN BARANG RUNCIT BAGI MEMBANTU PEKERJA BANGLADESH AKIBAT PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) COVID-19

 

10hb dan 11hb April 2020, Kuala Lumpur

MTUC terus melakukan kerja membungkus dan menghantar barang runcit kepada pekerja Bangladesh berdasarkan kerjasama antara MTUC dan Kedutaan Bangladesh.

Penyelaras MRC MTUC bersama beberapa pegawai dan sukarelawan juga turut serta dalam kerja-kerja pengagihan ini.

Pada kedua-dua hari tersebut iaitu Jumaat dan Sabtu kami juga dibantu oleh Setiausaha MTUC Bahagian Kuala Lumpur / Selangor, Mohd Faisal Hussin dan beberapa pegawai NUBE dalam pengagihan barangan runcit. Walaupun cuaca panas dalam dua hari terakhir, para sukarelawan tetap menghantar hingga ke pintu rumah pekerja yang memerlukan seperti yang diarahkan oleh Kedutaan Bangladesh.

MTUC ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sukarelawan dan Penyelaras yang membantu menyampaikan selama tempoh dua hari iaitu 10hb dan 11hb April 2020 manakala 12 April 2020 adalah hari rehat.

Kepada semua yang ingin membantu dalam kerja-kerja pengagihan boleh menghubungi Bro. K Soma di talian 012-330 3385 kerana kami akan meneruskan kerja pengagihan pada hari Isnin dan seterusnya.

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at [email protected]