52% PEKERJA BANK KATA KERJA MENJEJASKAN KESIHATAN MEREKA. SAMPAI BILA?
Setiap hari, pekerja bank memastikan operasi perbankan berjalan lancar. Mereka melayani pelanggan, memproses transaksi dan mengurus beban kerja yang menuntut ketelitian serta kepantasan.
Tetapi apakah harga yang terpaksa dibayar dari segi kesihatan mereka?
Hasil Tinjauan Kesihatan dan Kesejahteraan Pekerjaan NUBE yang melibatkan 1,247 ahli mendedahkan satu realiti yang membimbangkan.
52% responden melaporkan bahawa pekerjaan telah menjejaskan kesihatan mereka.
Antara masalah kesihatan yang dilaporkan:
- 64% mengalami sakit belakang.
- 58% mengalami sakit bahu.
- 51% mengalami sakit leher.
- 40% mengalami ketegangan mata.
- 32% mengalami masalah tidur.
Ini bukan sekadar angka. Inilah pengalaman sebenar pekerja bank.
Kesakitan fizikal, tekanan kerja dan masalah tidur boleh berlarutan selepas waktu bekerja dan tidak sepatutnya dianggap sebagai kelemahan individu. Majikan mesti menilai dan menangani beban kerja, pengurusan kerja, keadaan stesen kerja serta bahaya psikososial melalui langkah pencegahan yang berkesan.
Tanggungjawab majikan bukan sekadar memastikan operasi bank berjalan lancar, tetapi juga menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk pekerja .
NUBE akan terus memperjuangkan penambahbaikan keadaan kerja berdasarkan isu yang dibangkitkan oleh ahli melalui tinjauan ini . Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja mesti menjadi keutamaan!
Bank-bank menikmati hasil titik peluh pekerja setiap hari. Kesihatan pekerja juga mesti diutamakan!
PEKERJA BUKAN MESIN. KESIHATAN KAMI BUKAN HARGA KEUNTUNGAN BANK!
UNITY IS STRENGTH. STRENGTH IS VICTORY.
#KesihatanPekerja #KeselamatanTempatKerja #KesejahteraanPekerja #HakPekerja #BahayaPsikososial #SuaraPekerja #WorkersHealth #WorkplaceSafety #WorkersWellbeing #WorkersRights #PsychosocialHazards #NUBEMalaysia
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now