30 Sep 2026

BERITA NUBE

 

SATU LAGI LAPORAN POLIS. 17 LAGI AHLI NUBE. 4 CAWANGAN MAYBANK.

Berapa ramai lagi pekerja perlu tampil sebelum perkara ini dipandang serius?

Satu laporan polis telah dibuat di Ipoh melibatkan aduan berkaitan 17 ahli NUBE dari empat cawangan Maybank di Perak, iaitu Jelapang, Sungai Siput, Gunung Rapat dan Jalan Sultan Idris Shah. 

Menurut laporan tersebut, ahli-ahli berkenaan mendakwa mereka berdepan ancaman, tekanan dan penghinaan berkaitan aktiviti kesatuan sekerja, termasuk larangan memakai lencana kempen kesatuan. Laporan itu turut mendakwa ancaman tindakan disiplin disampaikan melalui morning briefing dan sepucuk surat sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap mata pencarian mereka.

Ini bukan sekadar cerita. Ahli sudah tampil. Laporan polis sudah dibuat.

Semalam NUBE membuka rekod perhubungan perusahaan 2023–2026. Hari ini, kita tunjukkan sekali lagi bahawa di sebalik setiap rekod itu ada pekerja sebenar yang sedang berdepan tekanan di tempat kerja.

NUBE akan terus mempertahankan hak ahlinya untuk menjalankan aktiviti kesatuan sekerja yang sah. 

17 lagi ahli. 4 lagi cawangan. Satu lagi laporan polis.

Berapa ramai lagi perlu tampil sebelum suara pekerja didengar?

BANK TIPU KITA!

Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
#NUBE #BANKTIPUKITA #HakPekerja #HakKesatuan #PekerjaBank #Maybank #NUBEPerak #SuaraPekerja #SolidaritiPekerja #KesatuanSekerja #WorkersRights #TradeUnionRights #BankWorkers #WorkersVoice #WorkerSolidarity #UnionRights #UnionStrong #UnityIsStrength

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my