27 Sep 2026

BERITA NUBE

 

PMX, 15,000 PEKERJA TERKESAN. DI BELAKANG MEREKA, PULUHAN RIBU AHLI KELUARGA DAN TANGGUNGAN TURUT MENANGGUNG AKIBAT.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim,

Hari ini kita sudah bercakap tentang 43 surat. Kita sudah bercakap tentang bank-bank GLC, dakwaan kegiatan antikesatuan dan jurang antara apa yang PMX katakan mengenai kebajikan pekerja dengan apa yang pekerja bank sendiri sedang alami.

Tetapi malam ini, NUBE mahu PMX melihat sesuatu yang lebih besar.

15,000 pekerja bank bukan sekadar 15,000 nama dalam senarai keahlian.

Di belakang mereka ada pasangan, anak-anak, ibu bapa dan ahli keluarga lain yang bergantung kepada pendapatan yang mereka bawa pulang setiap bulan.

Ansuran rumah tetap perlu dibayar. Barang dapur tetap perlu dibeli.  Anak-anak tetap perlu ke sekolah.  Bil tetap sampai. Ibu bapa yang bergantung kepada anak mereka tetap perlu dijaga.

Apabila 15,000 pekerja terkesan, akibatnya tidak berhenti pada 15,000 orang. Ia masuk terus ke dalam rumah mereka.

Dan PMX sudah dimaklumkan.

Menurut rekod NUBE, 43 surat telah dihantar kepada YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim sejak 2024, tetapi isu-isu yang dibangkitkan masih belum mendapat penyelesaian yang memuaskan.

CA20. Bantuan Perayaan. Hak kesatuan sekerja. Pekerja B40 dan M40.

PMX sudah tahu. 43 surat memastikan itu.

Tetapi PMX terus bercakap tentang kebajikan pekerja, perkongsian kemakmuran dan keadilan dalam GLC, sedangkan pekerja bank yang berkali-kali mengadu masih menunggu penyelesaian.

Kalau kata-kata tidak disusuli tindakan, apa nilainya kepada pekerja?

Ucapan tidak membayar bil. Janji tidak mengisi peti sejuk. Pekerja perlukan tindakan.

Sebab itulah pada 3 Oktober, pekerja akan datang sendiri ke Putrajaya. Mereka datang bukan sahaja membawa hak dan maruah mereka, tetapi tanggungjawab terhadap keluarga yang bergantung kepada mereka.

3 OKTOBER 2026

10.00 PAGI

PEJABAT PERDANA MENTERI, PUTRAJAYA

15,000 PEKERJA. PULUHAN RIBU AHLI KELUARGA DAN TANGGUNGAN. SAMPAI BILA MEREKA PERLU MENANGGUNG AKIBAT?

BANK TIPU KITA!

KERAJAAN PUN TIPU KITA!

Unity is Strength. Strength is Victory.

#NUBE #BANKTIPUKITA #KerajaanPunTipuKita #HakPekerja #PekerjaBank #KeluargaPekerja #SuaraPekerja #KesatuanSekerja #3Oktober #Putrajaya #WorkersRights #BankWorkers #WorkersFamilies #TradeUnionRights #WorkersVoice #WorkersUnited #UnityIsStrength

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my