3 BANK. 3 LAPORAN POLIS. 52 AHLI NUBE.
Ini bukan lagi satu atau dua aduan terpencil.
Bro Zaini bin Halidan bersama NUBE PKP telah membawa aduan melibatkan 52 ahli NUBE ke Balai Polis Jitra melalui tiga laporan berhubung CIMB Bank, Affin Bank dan Hong Leong Bank Berhad (HLBB).
- CIMB Bank: 33 ahli
- Affin Bank: 10 ahli
- HLBB: 9 ahli
Ahli-ahli ini datang dari pelbagai lokasi termasuk Jitra, Alor Setar, Kangar, Langkawi, Jalan Gangsa, PSAH, BGN UMNO dan AFC.
Menurut laporan-laporan polis tersebut, ahli NUBE mendakwa mereka telah diancam, dianiaya dan dihina berkaitan penyertaan mereka dalam aktiviti kesatuan sekerja NUBE yang sah.
Laporan-laporan itu turut menyatakan bahawa ancaman dibuat melalui surat yang mengandungi ugutan tindakan disiplin sehingga menyebabkan ahli bimbang terhadap mata pencarian mereka.
Nama pegawai kanan dan pihak pengurusan daripada ketiga-tiga bank turut dinyatakan dalam laporan polis berkenaan.
Bro Zaini memohon pihak polis menjalankan siasatan, termasuk di bawah Seksyen 507B dan Seksyen 507D Kanun Keseksaan, serta mengambil tindakan sewajarnya agar keadilan dapat diberikan kepada ahli-ahli NUBE.
52 ahli. Tiga bank. Tiga laporan polis.
Apabila pekerja tampil mempertahankan hak kesatuan mereka, NUBE tidak akan membiarkan mereka berdiri sendirian.
Kami berdiri bersama ahli kami.
BANK TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
#BankTipuKita #NUBE #HakPekerja #HakKesatuan #PekerjaBersatu #SolidaritiPekerja #KebebasanBerpersatuan #SuaraPekerja #KeadilanUntukPekerja #WorkersRights #TradeUnionRights #WorkersUnited #WorkerSolidarity #FreedomOfAssociation #WorkersVoice #UnionStrong #JusticeForWorkers #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now