UGUT PEKERJA KERANA AKTIVITI KESATUAN? NUBE BUAT LAPORAN POLIS.
Hari ini, 24 September 2026, NUBE SMJ mengambil tindakan.
Susulan aduan daripada tiga ahli NUBE di Hong Leong Bank Berhad (HLBB), satu laporan polis telah dibuat berhubung dakwaan ancaman, penganiayaan dan penghinaan berkaitan aktiviti kesatuan sekerja dan anjuran NUBE.
Empat individu daripada Hong Leong Bank dinamakan dalam laporan polis tersebut:
- Tan Sri Quek Leng Chan, Pengerusi Bank
- Kevin Lam Sai Yoke, CEO Bank
- Kavin Lim, Head Group Employee Relation & Governance
- Elissa Ng Koh Ing, Head HR Business Partners
Menurut laporan itu, ahli-ahli berkenaan didakwa telah dilarang menyertai aktiviti kesatuan sekerja yang sah anjuran NUBE. Laporan itu turut mendakwa terdapat surat ugutan tindakan disiplin yang menyebabkan mereka berasa terganggu, tertekan dan takut terhadap keselamatan mata pencarian mereka.
Ini bukan perkara kecil.
Apabila ahli NUBE mendakwa mereka ditekan kerana aktiviti kesatuan, NUBE tidak akan berdiam diri.
Kepada mana-mana pihak yang menyangka tekanan, ugutan atau tindakan disiplin boleh digunakan untuk menakutkan pekerja daripada bersatu dan bersuara, mesej kami jelas:
JANGAN TAKUTKAN PEKERJA. JANGAN PECAHKAN KESATUAN. JANGAN SENYAPKAN SUARA 15,000 AHLI NUBE.
Laporan polis telah dibuat. Nama-nama yang dinyatakan dalam aduan itu kini direkodkan untuk siasatan pihak berkuasa.
Kepada ahli-ahli NUBE di Hong Leong Bank dan seluruh negara, anda tidak berjuang seorang diri. Bila seorang ahli ditekan, NUBE berdiri bersamanya.
RAPATKAN SAF. KEKAL BERSATU. TERUS BERSUARA.
BANK TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
#BankTipuKita #NUBE #HakPekerja #HakKesatuan #SolidaritiPekerja #PekerjaBersatu #SuaraPekerja #JanganTakutkanPekerja #RapatkanSaf #TerusBersuara #WorkersRights #TradeUnionRights #WorkerSolidarity #WorkersUnited #WorkersVoice #UnionStrong #StopWorkerIntimidation #StandTogether #SpeakUp #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now