JELAJAH NUBE: MOH KOMER ORANG PERAK! IPOH BERSUARA!
Semalam, giliran ahli-ahli NUBE di Perak berkumpul di YMCA Ipoh untuk mendengar fakta, bertanya soalan dan memahami sendiri apa yang sedang berlaku dalam perjuangan kita.
Bermula sekitar jam 3.30 petang, program dibuka oleh Bro. Gobi Raj Sithambaram, diikuti barisan kepimpinan dan Standing Committee NUBE, Bro. Thiagarajan, Bro. Mohd Faisal Husin, Bro. Michael, Sis A. Karuna dan Bro. J. Solomon.
CA20. Gaji. Hak pekerja. Apa yang berlaku di meja rundingan. Dan mengapa pekerja bank tidak boleh terus disuruh menunggu.
Selepas ucapan dan makan malam, sesi soal jawab diteruskan sehingga program berakhir sekitar 10.30 malam. Ahli bukan sekadar datang dan mendengar. Mereka bertanya. Mereka mahu penjelasan. Mereka mahu tahu.
KL. Seremban. Penang. Sekarang Ipoh.
Negeri berubah. Dewan berubah. Tetapi sesuatu yang sama sedang berlaku di mana-mana.
PEKERJA BANK SEMAKIN TAHU. SEMAKIN BERSATU. SEMAKIN BERANI BERSUARA.
Inilah kekuatan yang sedang dibina melalui JELAJAH NUBE, satu negeri demi satu negeri, satu suara demi satu suara.
Kerana pekerja yang tahu nilai mereka tidak akan selamanya disuruh diam dan menunggu.
BANK TIPU KITA!
Perak sudah bersuara. Perjalanan diteruskan.
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
Perpaduan adalah Kekuatan. Kekuatan adalah Kemenangan.
#BankTipuKita #JelajahNUBE #MohKomerOrangPerak #IpohBersuara #NUBE #NUBEPKP #CA20 #HakPekerja #SuaraPekerja #PekerjaBank #KeadilanPekerja #SolidaritiPekerja #PerpaduanPekerja #WorkersRights #WorkersVoice #BankWorkers #WorkersJustice #WorkerSolidarity #UnionStrong #StrongerTogether #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now