SUARA AHLI | #GajiTakCukup
“Gaji saya hanya menampung kos keperluan harian.”
Itulah realiti yang dikongsikan oleh Bro Fitri Shamsudin, ahli NUBE PKP dan IRC di Public Bank Berhad.
Bagi Fitri, perjuangan tentang gaji bukan sekadar tentang hari ini. Apabila pendapatan banyak digunakan untuk menampung kehidupan seharian, persoalannya ialah apa yang masih tinggal untuk membina masa depan untuk anak dan keluarga.
“Saya hanya mahu melihat mereka mempunyai peluang di masa hadapan yang lebih baik.”
Itulah yang ramai pekerja mahukan. Bukan kemewahan. Bukan sesuatu yang keterlaluan. Cuma kehidupan yang membolehkan kita menjaga hari ini tanpa mengorbankan masa depan.
Tetapi kos kehidupan terus meningkat, sementara pekerja bank masih menunggu penyelesaian CA20 yang sepatutnya mencerminkan nilai kerja dan realiti kehidupan mereka.
Fitri bukan seorang. Di sebalik setiap slip gaji ada keluarga, tanggungan, impian dan masa depan yang sedang dibina.
Ahli NUBE, rakam video anda. Ceritakan realiti anda. Biar suara seorang menjadi suara ramai.
https://www.facebook.com/reel/1392827033036748
BANK TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
#GajiTakCukup #BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #SuaraAhli #PekerjaBank #CA20 #GajiPekerja #KosSaraHidup #HakPekerja #MaruahPekerja #MasaDepanKeluarga #MembersVoices #BankWorkers #FairWages #CostOfLiving #WorkersRights #WorkersVoice #WorkersDignity #BetterFuture #CollectiveBargaining #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now