SUARA AHLI | #GajiTakCukup
“Bila gaji masuk, gaji keluar. Tak sempat nak simpan, dah habis.”
Selepas 31 tahun berkhidmat di Maybank, inilah realiti Sis Nani Triana Ahmad, ahli NUBE KLSP.
Gajinya perlu menanggung keluarga dan kos kehidupan yang terus meningkat. Bapa dan suaminya mempunyai masalah jantung, dengan kos perubatan yang bukan sedikit.
Namun setiap bulan, Nani tetap bekerja bersungguh-sungguh.
Selepas hampir tiga tahun menunggu CA20, beliau bertanya:
“Bila nak selesaikan CA kami? Kenapa nak tipu kami? Kenapa buat kami macam ni?”
31 tahun berkhidmat. Tetapi masih perlu bertanya bila hak pekerja akan diselesaikan.
Nani bukan seorang. Ribuan ahli NUBE mempunyai keluarga, tanggungan dan realiti mereka sendiri.
Ahli NUBE, rakam video anda. Biar suara seorang menjadi suara ramai.
https://www.facebook.com/reel/1537003348093301
BANK TIPU KITA!
Ketahui. Bersatu. Bersuara.
#GajiTakCukup #BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #SuaraAhli #PekerjaBank #CA20 #GajiPekerja #KosSaraHidup #HakPekerja #MaruahPekerja #KeluargaPekerja #MembersVoices #BankWorkers #FairWages #CostOfLiving #WorkersRights #WorkersVoice #WorkersDignity #CollectiveBargaining #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength
Likes Comments





To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now