08 Sep 2026

BERITA NUBE

 

KERAJAAN KATA GLC JADI CONTOH “GAJI WAJAR” RM3,100. BETUL KE?

Semalam, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata GLC dan GLIC menjadi pemangkin kepada syarikat swasta untuk menawarkan pendapatan lebih baik, dengan hampir 190,000 pekerja menerima sekurang-kurangnya RM3,100.

Tetapi ahli NUBE tahu realiti di tempat kerja.

Dalam CA19 NUBE-MCBA, gaji minimum FSE1 ialah RM2,370 dan FSE2 RM2,670.

Kedua-duanya di bawah RM3,100.

Jadi apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, melalui Menteri Kewangan II, membina gambaran bahawa GLC sedang menjadi contoh “gaji wajar”, pekerja berhak bertanya:

Adakah rakyat sedang diberikan gambaran sebenar, atau cuba dikelirukan dengan satu angka besar?

Ahli NUBE sendiri tahu bagaimana pekerja dilayan. CA20 masih menjadi perjuangan. FA masih dipertikaikan. Social Dialogue menjadi isu. Dan pekerja terus berjuang untuk gaji yang benar-benar mencerminkan kos kehidupan.

Baca artikel ini. Kemudian lihat sendiri CA dan slip gaji anda. Nilai sendiri.

https://www.buletintv3.my/.../gaji-wajar-rm3100-glc-glic.../

Ahli NUBE, pergi ke hantaran Buletin TV3 di X. Kongsikan realiti anda dengan fakta dan secara berhemah. Beritahu rakyat berapa sebenarnya gaji minimum FSE1 dan FSE2.

https://x.com/BuletinTV3/status/2096854414443106619

Jangan biarkan persepsi menenggelamkan realiti pekerja.

BANK TIPU KITA!

KERAJAAN PUN TIPU KITA!

Ketahui. Bersatu. Bersuara.

#GajiWajar #GajiRM3100 #RealitiPekerja #PekerjaBank #HakPekerja #SuaraPekerja #GLC #GLIC #CA20 #BantuanPerayaan #BankTipuKita #JelajahNUBE #NUBE #LivingWage #FairWages #BankWorkers #WorkersRights #WorkersVoice #WorkerWelfare #CostOfLiving #CollectiveBargaining #WorkerSolidarity #UnionStrong #UnityIsStrength #MADANI #AnwarIbrahim

 

 

Likes Comments

 

To post likes and comments on National Union of Bank Employees stories, you will need to Signin or Register Now

 

 

Connect with NUBE

The NUBE will use the information you provide in this form to send you information by e-mail. You can change your mind at any time by following the unsubscribe instructions in the footer of any email you receive from us, or by contacting us at nube_hq@nube.org.my